Pengenalan kepada data Kesihatan pada iPhone
App Kesihatan menyimpan maklumat kesihatan anda secara selamat daripada iPhone, iPad dan Apple Watch, serta daripada app pihak ketiga yang serasi dan peranti yang disambungkan. Anda juga boleh memasukkan data untuk ukuran badan, simptom, maklumat kitaran haid dan banyak lagi secara manual.
Siri: Pada model disokong, minta Siri sesuatu seperti, “Berapakah kadar jantung saya?” atau “Sejauh manakah saya berjalan hari ini?” (tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau). Ketahui cara menggunakan Siri.

Data Kesihatan daripada iPhone
iPhone menyimpan dan menganalisis data kesihatan yang berharga secara automatik, termasuk yang berikut:
Langkah, tangga dinaiki dan data berjalan lain: Sensor terbina dalam pada iPhone menangkap bilangan langkah yang anda ambil, bilangan tangga yang anda naiki, kelajuan berjalan anda dan banyak lagi. Anda boleh melayari serlahan, aliran dan butiran tentang data ini dalam kategori Aktiviti dalam Kesihatan.
Data mobiliti: iPhone menyimpan metrik mobiliti penting seperti asimetri berjalan, masa sokongan berganda dan banyak lagi. Dari semasa ke semasa, semasa anda berjalan dengan iPhone dalam poket anda atau memakainya berhampiran pinggang anda, metrik ini digunakan untuk mengira dan merekodkan kestabilan berjalan anda. Anda boleh melayari data ini dalam kategori Mobiliti. Anda juga boleh menerima pemberitahuan dan berkongsi pemberitahuan anda dengan orang lain jika kestabilan anda menjadi rendah sehingga meletakkan anda dalam risiko jatuh yang meningkat dalam tempoh 12 bulan seterusnya.
Paras audio fon kepala: Ukuran paras audio daripada AirPods, EarPods atau fon kepala serasi lain yang disambungkan disimpan dalam Kesihatan secara automatik. Anda boleh menyemak data ini dalam kategori Pendengaran untuk membantu anda memahami tabiat pendengaran fon kepala anda.
Sejarah tidur: Jika anda menyediakan jadual tidur dalam Kesihatan, iPhone menganggarkan tempoh masa anda berbaring di katil dengan niat untuk tidur. Anda boleh menyemak data ini dalam kategori Tidur untuk membantu anda memenuhi matlamat tidur anda.
Rekod kesihatan daripada penyedia penjagaan kesihatan anda: Anda boleh menyediakan muat turun automatik untuk rekod kesihatan tentang alergi, keadaan perubatan, ubat-ubatan dan banyak lagi daripada organisasi penjagaan kesihatan disokong (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Anda boleh melayari rekod ini dalam Kesihatan.
Data Kesihatan daripada Apple Watch
Selepas anda memasangkan iPhone dengan Apple Watch, ukuran kadar jantung berkala dan oksigen darah dihantar secara automatik daripada Apple Watch ke Kesihatan, yang anda boleh melayari serlahan, aliran dan butiran dalam kategori Jantung dan Respiratori. Anda juga boleh menyediakan Apple Watch untuk menghantar maklumat tambahan ke Kesihatan, termasuk yang berikut:
Minit senaman dan metrik aktiviti lain: Anda boleh melihat metrik ini dalam kategori Aktiviti dalam Kesihatan pada iPhone.
Sejarah waktu dalam cahaya siang (Apple Watch SE generasi ke-2, Apple Watch Series 6 atau lebih baharu dan semua model Apple Watch Ultra): Sensor cahaya ambien dalam Apple Watch menganggarkan jumlah masa yang anda luangkan dalam cahaya siang. Anda boleh melihat butiran dalam kategori Data Lain dalam Kesihatan pada iPhone.
Pemberitahuan tentang kadar jantung tinggi atau rendah, kecergasan kardio rendah (watchOS 7.2 atau lebih baharu) dan ritma jantung tidak tetap (tidak tersedia di semua negara atau rantau): Anda boleh melihat butiran tentang pemberitahuan ini dalam kategori Jantung.
Paras bunyi persekitaran dan pemberitahuan tentang bunyi lantang: Anda boleh melihat butiran tentang bunyi di persekitaran anda dalam kategori Pendengaran.
Metrik kesihatan semalaman dalam app Tanda Vital: Anda boleh melihat metrik kesihatan semalaman—kadar jantung, kadar pernafasan, suhu pergelangan tangan, oksigen darah dan tempoh tidur—untuk memahami status kesihatan harian anda dengan lebih baik. Jika anda memakai Apple Watch anda semasa tidur untuk berbilang malam, app Tanda Vital mewujudkan julat tipikal bagi setiap metrik kesihatan anda. Jika berbilang metrik berada di luar julat tipikal, anda akan menerima pemberitahuan serta konteks bagi faktor yang mungkin terlibat—contohnya, seperti ubat atau penyakit. Anda boleh melihat butiran tentang tanda vital semalaman anda dalam kategori Tanda Vital.
Sejarah jatuhan teruk (Apple Watch SE dan Apple Watch Series 4 dan lebih baharu): Dalam kategori Data Lain, anda boleh melihat butiran tentang jumlah jatuh.
Skor tidur dalam app Tidur: Anda boleh melihat skor tidur—skor berdasarkan anggaran tempoh anda tidur, kekonsistenan masa tidur anda yang berkaitan dengan sejarah terbaharu anda, serta jumlah dan tempoh sedar anda semasa tidur. Skor tidur anda kelihatan kira-kira 15 minit selepas anda bangun. Anda juga boleh melihat jumlah tidur anda pada malam sebelumnya, masa yang diluangkan dalam setiap peringkat tidur dan purata tidur dalam tempoh 14 hari lalu. Anda boleh melihat butiran tentang skor tidur anda dalam kategori Tidur.
Pemberitahuan kemungkinan hipertensi (Apple Watch Series 9, Apple Watch Ultra 2 dan lebih baharu): Anda boleh memakai Apple Watch untuk menganalisis data jantung anda, yang boleh digunakan untuk mengesan tanda kemungkinan hipertensi. Jika Apple Watch anda mengesan corak hipertensi, anda akan menerima pemberitahuan untuk berbincang tentangnya dengan penyedia penjagaan kesihatan anda. Anda juga digesa untuk menggunakan kaf tekanan darah pihak ketiga untuk mengambil ukuran sepanjang tempoh 7 hari. Anda boleh melihat butiran tentang pemberitahuan hipertensi dalam kategori Jantung.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang data kesihatan daripada Apple Watch, lihat Bermula dengan ciri kesihatan, Masa yang diluangkan dalam cahaya siang, Mengukur paras bunyi, Jejak tanda vital anda, Urus Pengesanan Jatuh, Lihat skor tidur dan sejarah tidur anda, serta Terima pemberitahuan hipertensi dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Data Kesihatan daripada app dan peranti lain
Semasa anda menyediakan app kesihatan dan kecergasan yang anda muat turun daripada App Store, ikuti arahan atas skrinnya untuk membenarkannya untuk berkongsi data dengan Kesihatan.
Untuk menyimpan data daripada peranti seperti monitor tekanan darah dan penimbang, ikuti arahan penyediaannya. Peranti Bluetooth® perlu dipasangkan dengan iPhone.
Nota: Anda boleh menukar keizinan data kesihatan untuk app dan peranti pada bila-bila masa.
Data yang anda boleh tambah secara manual
Anda boleh memasukkan data tentang kitaran haid, ubat, ukuran badan dan banyak lagi secara manual.
Tambah maklumat tentang kitaran haid anda: Dengan mengelog maklumat kitaran haid, anda boleh mendapatkan anggaran haid dan tempoh kesuburan. Lihat Log maklumat kitaran haid dalam Kesihatan.
Tambah ubat, vitamin dan makanan tambahan anda: Dengan menambah item ini, anda boleh mendapatkan peringatan untuk mengambilnya dan mengetahui lebih lanjut tentangnya. Lihat Jejak ubat anda dalam Kesihatan.
Sediakan jadual tidur: Menjadualkan masa biasa untuk masuk tidur dan bangun boleh membantu anda memenuhi matlamat tidur anda. Lihat Sediakan jadual Fokus Tidur dalam Kesihatan.
Tambah maklumat pada ID Perubatan: Anda boleh memberikan maklumat tentang keadaan perubatan, ubat-ubatan, kenalan kecemasan dan banyak lagi dalam ID Perubatan kecemasan. Penindak pertama dan orang lain boleh melihat maklumat kritikal ini terus pada iPhone anda, walaupun semasa iPhone dikunci. Lihat Sediakan dan lihat ID Perubatan anda.
Tambah maklumat pada kategori Kesihatan lain: Ketik
di bahagian kanan bawah Kesihatan, ketik kategori, ketik
untuk data yang anda mahu kemas kini, kemudian ketik Tambah Data di bahagian kanan atas.
Penting: iPhone, iPad dan Apple Watch bukan peranti perubatan. Lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.